Tuan Hj Muhamad Sobri berucap merasmikan Bengkel Halatuju Biotek
Tuan Hj Isahak Murat, wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah memberi ucapan
YBhg Prof. Zhari memberi taklimat berkenaan "Halatuju Industri Herba, Produk Makanan Kesihatan dan Ubatan Semulajadi di Malaysia"
Peserta-peserta yang terdiri daripada usahawan dan wakil pelbagai agensi
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah menganjurkan Ekspo Peluang Perniagaan dan Usahasama Pelaburan pada 24 dan 25 Mei 2008 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Majlis perasmian program disempurkan oleh Menteri MECD, YB Datuk Noh Omar.
Program ini bertujuan menyediakan platform kepada syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur Bumiputera untuk menjalinkan kerjasama serta usahasama pelaburan dengan syarikat asing dan tempatan. Selain daripada itu, ia juga memberi ruang dan peluang kepada usahawan/pelabur-pelabur mengkomersilkan produk mereka dan juga produk hasil penyelidikan dan pembangunan dari institusi penyelidikan tempatan.
Selaras dengan itu, KBioCORP bersama-sama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan beberapa agensi lain dari Negeri Kedah telah turut menyertai ekspo selama 2 hari ini.
(Lihat ruangan 'Events' untuk gambar-gambar yang dirakamkan semasa pameran dijalankan)
Kerajaan Negeri Kedah dengan sukacita menjemput Tuan/Puan untuk menyertai/melawat gerai-gerai pameran pada Ekspo Rakyat ini yang diadakan sempena sambutan Jubli EMas 50thn pemerintahan KDYMM Sultan Kedah. Ekspo ini akan bermula mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2008 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Program ini akan dirasmikan pada 25 Julai 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan.
Gerai-gerai pameran yang terlibat terdiri daripada Agensi Krjn, Pertanian, Industri Kecil & Sederhana (IKS), Makanan & Minuman, dan agensi swasta.
KBioCORP turut menyertai ekspo ini. Kepada pengusaha-pengusaha dalam bidang pembuatan produk berasaskan herba, makanan, kosmetik dan ubat-ubatan, boleh la berkunjung ke tapak gerai KBioCORP (tapak 76 -dlm dewan) untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.