Ekspo Peluang Perniagaan dan Usahasama Pelaburan

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah menganjurkan Ekspo Peluang Perniagaan dan Usahasama Pelaburan pada 24 dan 25 Mei 2008 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Majlis perasmian program disempurkan oleh Menteri MECD, YB Datuk Noh Omar.

Program ini bertujuan menyediakan platform kepada syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur Bumiputera untuk menjalinkan kerjasama serta usahasama pelaburan dengan syarikat asing dan tempatan. Selain daripada itu, ia juga memberi ruang dan peluang kepada usahawan/pelabur-pelabur mengkomersilkan produk mereka dan juga produk hasil penyelidikan dan pembangunan dari institusi penyelidikan tempatan.

Selaras dengan itu, KBioCORP bersama-sama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan beberapa agensi lain dari Negeri Kedah telah turut menyertai ekspo  selama 2 hari  ini.

(Lihat ruangan 'Events' untuk gambar-gambar yang dirakamkan semasa pameran dijalankan)

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2011 Kbiocorp All rights reserved Designed by boxxevolution.com